YM TENGKU MOHD HAZEREN HANIF

YM Tengku Mohd Hazeren Hanif adalah keturunan Kerabat DiRaja yang sah dan pewaris DiRaja yang sah, YM Tengku Mohd Hazeren Hanif lahir pada 1 Oktober 1992 dan diputerakan Dalam Kota Istana Bandar Kuala TerengganuTerengganu Darul Iman.

YM Tengku Mohd Hazeren Hanif mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Tunggal, Kuala Terengganu Selepas tamat pengajian di peringkat rendah, YM Tengku menyambung pengajian diperingkat Menengah disekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Apabila YM Tengku memasuki keperingkat Rendah YM Tengku telah menyertai bola sepak dan mewakili peringkat sekolah. YM Tengku dilantik oleh Pentadbir bola sepak sekolah rendah sebagai penaung DiRaja dan orang kekanan Pentadbir bola sepak. Sebelum YM Tengku dilantik penaung DiRaja dan kekanan Pentadbir, YM Tengku diberi bahagian penyerang

YM Tengku Mohd Hazeren Hanif telah mendapat pendidikan agama dan seni persilatan DiRaja hak milik Kaum Kerabatnya secara talaqqi dengan beberapa orang guru di sekitar Kuala Terengganu[1]. Antaranya ialah:

  • Guru silat pertama: YTM Guru Haji Tengku Syed Habibullah - Tamat lebih kurang 5 buah kitab-kitab jawi secara talaqi
  • Guru silat kedua: YAM Guru Tengku Mohd Tahirullah - Khatam kitab jawi juga lebih kurang 2 buah
  • Guru silat ketiga: Tuan Guru YM Tengku Mohd Hakimi - Mula mendalami kitab-kitab bahasa arab seperti Nahu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh
  • Guru Silat keempat: YM Tuan Guru Haji Tengku Hasyimullah Shah - Mendalami kitab-kitab arab dalam bab Nahu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh
  • Guru silat kelima:  YAM Tuan Guru Haji Tengku Ibrahimullah Al Mukminin - Mendalami kitab Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah
  • Guru silat keenam:YM Tuan Guru Haji Tengku Muhammad Zubirin Hanif - Mendalami ilmu fiqh & nahu
  • Guru silat ketujuh:YTM  Tuan Guru Haji Tengku Mohd Zaini Al-Hakimi (Pondok Lubuk Pandan) - Mengaji ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir, & Balahgoh
YM Tengku dilatih sejak kecil lagi dan seni persilatan sudah sebati dalam dirinya termasuk sukan diminati seperti bola sepak, sepak takraw, ping pong dan lumba lari. Setelah umur meningkat 18 tahun, YM Tengku Mohd Hazeren Hanif telah dihantar ke dunia Angkatan Tentera Malaysia(setiap kerabat wajib menyertai Tentera secara tetap atau sukarela) YM Tengku dilatih oleh Jurulatih Tentera Darat Malaysia disebuah kem tentera Batalion ke 18 Rejimen Askar Melayu DiRaja Kem Sri Pantai, Kuala Terengganu selama 3 bulan. Oleh latihan sudah sebati dalam dirinya, YM Tengku Memohon untuk menyertai Pasukan Angkatan Tentera Malaysia secara tetap. Dan YM Tengku dipilih untuk menyertai latihan selama 6 bulan(asas) dan 3 bulan latihan khas disebuah pusat latihan tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan. Sehari sebelum Tamat latihan Tentera, pihak pusat latihan tentera telah menjemput kaum kerabatnya hadir dipusat latihan. YM Tengku disarung beret dan pisau tentera oleh ibunya serta Sultan Terengganu Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal abidin dan perbarisan penutup latihan diserta seramai 1000 orang telah membuat persembahan dihadapan Sultan Terengganu. Setelah tamat latihan 6 bulan secara asas, YM Tengku Mohd Hazeren Hanif telah menyertai latihan Khas Darat yaitu Rejimen Gerak Khas disebuah Kem Tentera Sungai Udang, Melaka. Selama 3 bulan. Setelah tamat latihan Khas, YM Tengku Mohd Hazeren Hanif ditawarkan kelatihan pegawai tentera dan dipersetujui oleh YM Tengku. Dan pada tahun 2014 YM Tengku Mohd Hazeren Hanif memohon diri undur dalam pasukan tentera atas sukarela.

Ditaip oleh
Ahmad Ismail Khairil Bin Abdul Rahmat
Petugas Istana

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

YM TENGKU MOHD HAZEREN HANIF BIN ALMARHUM YM TG. ATAN

YM Tengku Mohd Hazeren Hanif